50 Keistimewaan Wanita
:: 50 Keistimewaan Wanita ::
Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa
istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita.
Bersyukurlah kerana menjadi wanita. Bacalah risalah ini dengan niat
untuk diamalkan dan sampaikan kepada mereka yang lain. Insya Allah
... 1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang
yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w.
akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa
dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya
seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan
orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas
tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan
dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
7. Tidaklah seorang wanita
yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk
dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya
membaca “Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji
bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari
segala dosa.”; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan
mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa’ala
mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid,
apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia
bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan
penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.
10. Daripada Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka,
maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari
mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
14.
Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya (serta
menjaga sembahyang dan puasanya).
15. Aisyah r.ha. berkata “Aku
bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita ?” Jawab baginda, “Suaminya” “Siapa pula berhak terhadap
lelaki ?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Ibunya”.
16. Seorang wanita
yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan
(Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka
pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka
Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya(10,000 tahun).
18. Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat
untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000
kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah
s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah
s.w.t.
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun
solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah
mengurniakan satu pahala haji.
24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya
(susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.
27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup
tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan
berita bahawa syurga wajib baginya.
28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana
menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20
orang hamba.
30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh
dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala
ibadat.
31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian
suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni
dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria
akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat
untuknya.
32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada
seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani
suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan
dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu
mana saja tanpa dihisab.
33. Mana-mana wanita yang menunggu
suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya
atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau
memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya
atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah,
maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap
langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan
seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga
tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada
seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya
melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh
rahmat.
36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.
38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola
emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala
tola perak.
39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang
berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan
tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari
bakaran api neraka.
40. Thabit Al Banani berkata: Seorang
wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya
kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya,
dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam
pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu
pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan
keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati
suaminya).
41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w.
keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam
majlis itu. Baginda lalu bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat
?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda, “Seeloknya kamu sekelian tidak
perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah
dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan
ibadat-ibadat orang lelaki.
42. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.
44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
45. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika
membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit diantara dirinya dengan api
neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
46. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan
mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat
dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”
47. “Wahai Fatimah,
untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah
menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di hari akhirat.”
48. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,
menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu,
Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut
mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan
dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
50. Sabda Nabi s.a.w.: “Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan
rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah
akan memberi minum akan dia dari sungai sungai serta diringankan Allah
baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah
taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya
kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat.”
Begitu istimewanya seorang yang bernama wanita
Hormatilah, sayangilah, kasihilah mereka seperti orang tuamu mengasihi kamu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar